950804-04-5052
PENGLIBATAN PELAJAR LELAKI DAN
PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN DALAM SUKAN HOKI DI SSN SMK SERI KOTA, MELAKA DALAM
MEWUJUDKAN PERPADUAN
ABSTRAK
Tujuan
kajian dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan pelajar lelaki dan perempuan
Bawah 15 tahun dalam sukan hoki di SSN SMK Seri Kota, Melaka dalam mewujudkan
perpaduan. Kajian ini mengemukakan dua objektif . Objektif pertama, untuk
mengenal pasti masalah-masalah yang menghalang perpaduan dalam kalangan pelajar
lelaki dan perempuan Bawah 15 tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka yang menyertai
sukan hoki. Objektif kedua, mengenal
pasti cara-cara sukan hoki dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar
lelaki dan perempuan Bawah 15 tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka. Lokasi kajian
ini dijalankan di SSN SMK Seri Kota, Melaka dan Stadium Bukit Serindit, Melaka.
Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan pemerhatian. Kajian ini
dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden secara
rawak sistematik dan melakukan pemerhatian bagi mengukuhkan maklumat yang
diterima. Dapatan kajian yang dibuat menggunakan kaedah statistik diskriptif
iaitu frekuensi dan peratusan. Responden kajian terdiri daripada pemain hoki
lelaki dan perempuan yang berumur 13, 14 dan 15 tahun. Hasil kajian,
menunjukkan masalah utama yang menjejaskan perpaduan dalam kalangan pemain hoki
bawah 15 tahun iaitu kebanyakkan pemain hoki terdiri daripada kaum melayu
sahaja dengan peratusan setuju sebanyak 83.3% bersamaan 25 orang responden. Manakala,
cara utama untuk mengatasi masalah perpaduan ini sebanyak 83.3% bersamaan 25
orang bersetuju bagi pernyataan, sikap tolenransi dan kerjasama perlu
diterapkan di dalam diri pemain. Kesimpulannya, diharapkan setiap masalah yang
telah dinyatakan dapat diatasi dengan baik dan setiap cara yang telah
dinyatakan juga mampu untuk memumpuk semangat perpaduan dalam kalangan pemain
hoki bawah 15 tahun.
i
950804-04-5052
SENARAI KANDUNGAN
Bil Butiran Muka
Surat
Abstrak
i
Senarai Kandungan ii-iii
Penghargaan
iv
1.0
Pendahuluan 1-3
2.0
Objektif Kajian
4
3.0
Lokasi Kajian 5
3.1 Peta
6
3.2 Gambar 7-8
4.0
Kaedah kajian
9
4.1 Reka Bentuk Kajian
9
4.3 Sampel Kajian 9
4.4 Instrumen Kajian
9
4.4.1 Soal Selidik
11
4.4.2 Pemerhatian
12
4.5 Cara Pengumpulan
Data
12
4.5.1 Data Sekunder
12
4.5.2 Data Primer
12
4.6 Cara Analisis
Data 12
4.6.1 Statistik
Deskriptif
12
5.0
Dapatan Kajian 13
5.1 Pemerhatian
13
5.2 Analisis Bahagian
A
14
ii
950804-04-5052
5.2.1 Latar Belakang
Responden
14-16
5.3 Analisis Bahagian
B
17
5.3.1 Bahagian B
17-30
6.0
Rumusan dan Kesimpulan 31
7.0
Rujukan
32
8.0
Lampiran 33-38
iii
950804-04-5052
PENGHARGAAN
Projek Penyelidikan Pentafsiran Berasaskan
Sekolah bagi subjek Pengajian Am yang bertajuk Penglibatan Pelajar Tingkatan
Satu dalam Sukan Hoki di SSN SMK Seri Kota, Melaka dalam mewujudkan perpaduan
ini telah disempurnakan oleh pengkaji.
Pengkaji ingin merakamkan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga terhadap pengetua sekolah pengkaji SSN SMK
Seri Kota, Melaka iaitu Tn.Hj. Daud bin Abdull dan Guru Penolong Kanan
Tingkatan Enam, Pn. Lili binti Basmi, yang telah memberi kerjasama sepenuhnya
dalam menjalankan kajian ini.
Selain itu, pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru
pembimbing pengkaji, iaitu En.Chan Cheng Huat kerana banyak memberi tunjuk ajar
kepada pengkaji dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada ahli keluarga pengkaji yang tersayang yang banyak
membantu pengkaji, terutama ibu bapa pengkaji yang bernama En.Yahya bin Ibrahim
dan Pn.Zaleha binti Rahmat yang banyak memberi bantuan dari segi kewangan untuk
pengkaji menyiapkan kerja kursus ini.
Di samping itu, kepada rakan-rakan seperjuangan, pengkaji ingin
mengucapkan berbanyak terima kasih kerana banyak memberi pengkaji idea dan
rujukan lain untuk pengkaji menyempurnakan lagi kerja kursus ini.
Akhirnya, pengkaji mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden di
SSN SMK Seri Kota, Melaka kerana telah
memberi kerjasama yang baik kepada pengkaji untuk menjalankan dan
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini. Sekian terima kasih.
iv
950804-04-5052
1.0 PENGENALAN
Definisi perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi 1994, sebagai penggabungan,
peleburan, persesuaian, keseronokkan dan perihal berpadu iaitu bergabung
menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Perpaduan sebagai satu penyatuan tenaga
fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan
maju.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan ditakrifkan sebagai segala
kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan
sebagai acara hiburan. Definisi sukan ialah sukan sebagai satu aktiviti
kerjasama atau daya saing dalam bentuk permainan. Sukan juga dapat disinonimkan
sebagai segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta
tenaga. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan pertandingan, keseronokkan, pembangunan, kemaahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya. Sukan juga merupakan aktiviti manusia yang melibatkan organisasi
yang khusus dan perlaksanaan undang-undang.
Permainan hoki dimain menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa
sebagai permulaan permainan hoki sekarang. Permainan hoki ini dimainkan oleh
orang –orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi. Bukti lain
mengenai hoki ini yang ditemui oleh pengkaji-pengkaji terdahulu pernah
menjumpai pasu-pasu dengan ukiran- ukiran yang menunjukkan pemain-pemain
menggunakan kayu bengkok dalam permainan yang hampir sama dengan permainan
hoki. Pasu-pasu itu bertarikh lebih kurang 2050 s.m dan berasal dari Mesir.
Perkataan “ hockey” dipercayai berasal daripada perkataan Perancis “hoquet”
yang membawa erti kayu bengkok yang digunakan oleh gembala. Pada abad ke-15,
permainan memukul bola dengan hoquet adalah popular dikalangan gembala di
Perancis sebagai satu kegiatan untuk mengisi masa lapang.
Namun begitu, permainan ini terus lenyap sehinggalah pada tahun 1365 ,
England memperkenalkan semula permainan hoki ini buat kali pertama. Kedatangan
sukan ini ke England telah menarik perhatian penduduk di negara tersebut. Dalam
jangka masa yang singkat mereka telah menguasai permainan tersebut dan
menunjukkan permainan tersebut diterima oleh
1
950804-045052
masyarakat disana. Disebabkan permainan
ini baru diperkenalkan semula maka tiada peraturan dan undang-undang khusus
yang digunakan untuk dijadikan panduan. Oleh itu , mereka bermain dengan teknik
dan cara yang pelbagai dengan bebas tanpa memikirkan keselamatan. Corak
permainan yang kasar dan tidak teratur membawa risiko yang tinggi kepada pemain
kerana pergaduhan yang berlaku
menyebabkan membawa kepada pertumpahan darah. Hal ini, telah menyebabkan
kerajaan Britain mengharamkan permainan tersebut.
Walau bagaimanapun, perkembangan sukan ini terus berkembang sehingga
kerajaan Britain menarik balik pengharaman tersebut. Dalam masa yang singkat
sukan hoki mula diterima banyak oleh negara-negara di dunia ini. Peraturan dan
undang-undang mula dibuat untuk menjadikan permainan ini lebih teratur dan
sistematik bagi mengelak risiko dan perbalahan yang berlaku semasa permainan
dijalankan. Peraturan dan undang-undang ini menjadikan permainan hoki lebih
teratur dan selamat. Disebabkan itu permainan hoki mula mendapat perhatian di
negara-negara lain. Pada mulanya permainan ini hanya dimainkan oleh lelaki,
tetapi perkembangan mula berlaku menyebabkan wanita mula menyertai permainan
ini.
Di benua Asia pula, permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia
di Tokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara
lain di Asia yang juga unggul dalam permainan hoki ini ialah Korea, China,
Jepun dan Malaysia. Pasuka hoki wanita daripada Korea, China dan Jepun adalah
negara yang setaraf dengan pasukan wanita di peringat antarabangsa seperti
Jerman, Australia dan Belanda. Hoki di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1898.
Permainan ini jadi popular pada awal tahun 1920 an dan diperkenalkan di
sekolah-sekolah awam Inggeris.. Majlis Hoki Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948
untuk menguruskan semua aktiviti sukan hoki di Malaysia. Tetapi telah
dibubarkan dan diganti dengan Persatuan Hoki Malaysia. Dua Perdana Menteri
Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn pernah menjadi presiden
persatuan ini. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada
tahun 1956 dan pasukan hoki lelaki telah menyertai sukan olimpik tersebut.
2
950804-04-5052
Bagi perkembangan sukan hoki di SSN SMK Seri Kota, Melaka, sukan ini
mula aktif beroperasi pada tahun 2009 selaras dengan perasmian sekolah ini
sebagai Sekolah Sukan Negeri di Negeri Melaka. Sukan hoki ini mula dibimbing
oleh Puan Zahriah Binti Hamid pada tahun 2010 sehingga sekarang dan membawa
beberapa pingat kemenangan untuk sekolah ini. Sukan hoki ini mempunyai dua
kategori iaitu menengah bawah dan menengah atas. Menengah bawah merupakan
pemain yang berumur 13 tahun hingga 15 tahun manakala menengah atas merupakan
pemain yang berumur 14 tahun hingga 18 tahun. Waktu-waktu latihan bagi pemain
hoki ini bermula pada pukul empat petang sehingga pukul enam petang bermula
hari Isnin sehingga hari Sabtu. Latihan dibuat di Stadium Hoki MBMB Bukit
Serindit, Melaka yang disewa oleh sekolah setiap tiga bulan sekali bagi
setahun. Dalam permainan hoki bilangan pemain seramai 11 orang setiap pasukan.
Masa permainan dan rehat adalah mengikut 35-3-35 iaitu 35 minit masa
pertama bermain dan 3 minit masa untuk
rehat dan 35 minit masa kedua untuk bermain. Pertandingan yang disertai oleh
pasukan hoki SSN SMK Seri Kota ialah Kejohanan Hoki Peringkat Sekolah,
Kejohanan Hoki Peringkat Negeri, Liga Hoki KPM ( Kementerian Pendidikan
Malaysia), Kejohanan Hoki MSSM ( Majlis Sukan Sekolah Malaysia). Pertandingan
ini disertai seramai 15 pasukan bagi lelaki dan 14 pasukan bagi perempuan.
Rasional pengkaji membuat kajian mengenai penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan Tingkatan Satu dalam sukan hoki di SSN SMK Seri Kota, Melaka dalam
mewujudkan perpaduan kerana pengkaji berasakan bahawa perpaduan amat penting
dalam kalangan masyarakat kita sekarang, terutamanya bagi generasi muda.
Perpaduan amat penting kerana boleh menjadi tulang belakang kepada keamanan dan
kemakmuran Negara. Selain itu, perpaduan dalam sukan boleh membawa kepada
semangat berpasukan yang tinggi dan menjadi salah satu instrumen dalam
menghidupkan perpaduan di Malaysia. Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti
masalah-masalah yang menghalang perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan
perempuan Bawah 15 tahun dan mengenal pasti cara-cara sukan hoki dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan Bawah 15
tahun, SSN SMK Seri Kota.
3
950804-04-5052
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif
bagi kajian ini ialah berikut :
1.
Mengenal pasti masalah-masalah yang menghalang
perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan Bawah 15 tahun, SSN SMK
Seri Kota, Melaka yang menyertai sukan hoki.
2.
Mengenal pasti cara-cara sukan hoki
dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan Bawah 15
tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka
4
950804-04-5052
3.0 LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di SSN SMK Seri
Kota, Jalan Ayer Leleh, 75050 Melaka di bawah pentadbiran daerah Melaka Tengah.
Tujuan lokasi ini dipilih kerana merupakan tempat pengkaji belajar. Hal ini
memudahkan pengkaji untuk berurusan dengan pihak sekolah untuk mendapatkan
maklumat.
Tambahan pula, lokasi tersebut mudah
untuk pengkaji mengedarkan soal selidik kepada 30 respoden secara rawak yang
bersistematik.
Peta 1 ; Daerah Melaka Tengah
( Sumber : Google Map)
5
950804-04-5052
Peta 2 : Sekolah Sukan
Negeri, Sekolah Menengah Seri Kota, Melaka
( Sumber: Google Map )
6
950804-04-5052
Gambar 1 : Sekolah Sukan
Negeri, Sekolah Menengah Seri Kota, Melaka
(
Sumber : Kerja Lapangan )
7
950804-04-5052
Peta 3:
Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka
(Sumber: Google Map)
Peta Stadium Hoki Bukit Serindit,
Melaka ini merupakan lokasi dimana pengkaji menjalankan kegiatan pemerhatian
mengenai penglibatan pelajar lelaki dan perempuan Bawah 15 tahun yang menyertai
sukan hoki di SSN SMK Seri Kota, Melaka dalam mewujudkan perpaduan. Lokasi
kajian ini berhampiran dengan tempat pengkaji menjalankan kajian soal selidik
di SSN SMK Seri Kota, Melaka.
8
950804-04-5052
4.0 KAEDAH
KAJIAN
Kaedah kajian ialah satu cara atau
teknik yang digunakan bagi memudahkan mendapatkan data kajian sebelum data
berkenaaan dianalisis. Kaedah kajian yang tepat mampu membantu pengkaji untuk
mendapatkan maklumat yang diingini dengan lancar. Oleh hal yang demikian,
pengkaji mestilah memilih kaedah kajian yang bersesuaian dengan objektif
kajian.
4.1
Reka Bentuk Kajian
Kaedah kajian yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini ialah kaedah
pemerhatian, soal selidik, dan rujukan. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti
masalah-masalah yang menghalang perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan
perempuan Bawah 15 tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka yang menyertai sukan hoki.
Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti cara-cara sukan hoki
dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan Bawah 15
tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka. Di samping itu, kaedah soal selidik amat
diperlukan dalam kajian ini.
4.3
Sampel Kajian
Dalam sampel kajian ini, terdapat bahan yang digunakan untuk mengenal
pasti masalah-masalah yang menghalang perpaduan dan cara-cara sukan hoki dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan Bawah 15
tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka. Sebagai contoh, ialah borang soal selidik.
Sebanyak 30 responden telah dipilih secara rawak sistematik bagi kajian soal
selidik ini.
4.4
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan juga
pemerhatian.
9
950804-04-5052
4.4.1
Soal Selidik
Melalui soal selidik, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik
kepada 30 respoden secara rawak sistematik. Instrumen soal selidik yang dibina
menggunakan prinsip KISS ( Keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan
yang ringkas dan mudah difahami. Kaedah ini menggunakan skala likert 3 poin
iaitu ( 1 ) Tidak Setuju, ( 2 ) Tidak Pasti, ( 3 ) Setuju. Kaedah soal selidik
ini adalah cara yang digunakan pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang
masalah-masalah yang menghalang perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan
perempuan Bawah 15 tahun yang menyertai sukan hoki dan cara-cara sukan hoki
dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan Bawah 15
tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka. Hal ini, bertujuan untuk melihat sekaligus
memudahkan pengkaji untuk mengkaji data yang diberikan. Borang soal selidik ini
mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan bahagian B, antara soalan dalam soal
selidik ini ialah :
Bahagian A
Mengenai demografi respoden seperti
jantina, umur, kaum. Perkara ini diminta untuk mengisi dan menandakan ( / )
pada ruang yang disediakan.
Bahagian B
Bahagian B ini mempunyai tujuh soalan
mengenai masalah-masalah yang menghalang perpaduan dalam kalangan pelajar
lelaki dan perempuan Bawah 15 tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka yang menyertai
sukan hoki. Manakala tujuh lagi mengenai cara-cara sukan hoki dapat mewujudkan
perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan Bawah 15 tahun, SSN SMK
Seri Kota, Melaka. Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan, jawab soalan
berikut. Baca dengan teliti seiap kenyataan. Pilih satu jawapan dengan
menandakan ( / ) dalam ruangan berkenaan berdasarkan skala yang berikut.
Skala likert: 1) Tidak
Setuju
2)
Tidak Pasti
3)
Setuju
10
950804-04-5052
4.4.2
Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada
dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik.
Pemerhatian memerlukan penyelidikan memerhati sendiri kawasan kajian. Kaedah
ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden. Pengkaji telah mengunakan jadual bagi menentukan
masa, hari dan tarikh untuk kajian pemerhatian ini.
4.3
Cara Pengumpulan Data
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian
ini adalah mengunakan kajian soal selidik dan pemerhatian. Soalan kaji selidik
ini dibentuk untuk mendapatkan pandangan responden dalam kalangan pemain hoki
bawah 15 tahun mengenai masalah-masalah yang menghalang perpaduan dalam sukan
hoki dan cara-cara yang sukan hoki dapat mewujudkan perpaduan.
4.3.1
Data Sekunder
Data ini diperoleh dari pusat sumber
sekolah dan rujukan daripada laman sesawang atau internet. Data-data penting
termasuklah kamus dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah
di peroleh daripada laman web google.com.
4.3.2
Data Primer
Kaedah soal selidik ini dilakukan
terhadap pemain hoki bawah 15 tahun yang juga merupakan pelajar sukan di SSN
SMK Seri Kota, Melaka. Selain itu, kaedah pemerhatian juga dijalankan di Stadium
Hoki Bukit Serindit, Melaka bagi melihat situasi sebenar pemain hoki dalam
menjalani latihan.
11
950804-04-5052
a)
Borang soal selidik
soal
selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung terus
dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik yang bersesuaian supaya
tidak berlaku bias. Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan
oleh para pengkaji dalam menjalankan kajian mereka untuk mendapatkan data
primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuian dengan mengikut objektif
kajian dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini, agar soalan
tersebut tidak menyimpang jauh dari sasaran. Bahasa yang digunakan adalah
bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan responden. Borang soal selidik
ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan soal selidik
tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza dan mudah dibandingkan
serta jawapan yang mudah diproses dan dianalisis. Bagi soal selidik berbentuk
terbuka pula, rasionalnya adalah memudahkan responden bebas memberikan berbagai
bentuk jawapan, responden juga bebas memberikan pendapat yang diingini. (Boleh
rujuk lampiran 2)
b)
Pemerhatian
Kaedah
pemerhatian ini merupakan kaedah yang mempunyai alternatif yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau data selain borang soal selidik. Pemerhatian ini
dibuat untuk melihat situasi yang sebenar keadaan pemain hoki dalam melakukan
latihan. Keadaan ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar
yang hendak digambarkan oleh responden.
4.4 Cara Analisis Data
Dalam
kaedah kajian ini, pengkaji telah menggunakan
kaedah statistic deskriptif untuk menganalisi data maklumat bagi kajian
ini. Contoh ujian statistic yang telah pengkaji gunakan ialah frekuensi dan
peratus
4.4.1 Statistik
Deskriptif
Pengkaji telah menggunakan kaedah berangka dan grafik
untuk menentukan corak set data. Pengkaji
menggunakan beberapa grafik seperti carta pai, jadual dan graf bar
kompaun untuk menerangkan maklumat yang diperoleh daripada responden. Contoh
ujian statistik yang telah pengkaji gunakan ialah frekuensi dan peratus.
12
950804-04-5052
5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1 Pemerhatian
Jadual Masa
pemerhatian yang dijalankan.
Bil
|
Hari
|
Masa
|
Tarikh
|
Tempat
|
1.
|
Jumaat
|
5.30-6.15 p.m
|
14.3.2014
|
Stadium
Hoki Bukit Serindit
|
2.
|
Sabtu
|
4.30-5.15 p.m
|
15.3.2014
|
Stadium
Hoki Bukit Serindit
|
Berdasarkan jadual 1, masa pemerhatian
dijalankan pada pukul 5.30 petang hingga 6.15 petang pada hari Jumaat yang
bertarikh 14.3.2014. pemerhatian ini dijalankan di Stadium Hoki Bukit Serindit
Melaka.
Manakala bagi hari yang kedua,
pemerhatian dijalankan pada hari Sabtu pada pukul 4.30 petang hingga 5.15
petang. Tarikh pemerhatian dijalankan pada 15.3.2014 dan tempat pemerhatian
masih di lokasi yang sama.
Tujuan kajian pemerhatian ini
dijalankan adalah untuk melihat sendiri situasi sebenar pemain hoki bawah 15
tahun SSN SMK Seri Kota menjalankan latihan hoki mereka di Stadium Hoki Bukit
Serindit, Melaka. Kajian pemerhatian ini dibuat untuk melihat sendiri perlakuan
pemain dalam menjalani latihan adakah mempunyai semangat perpaduan dalam
kalangan mereka. (Boleh rujuk lampiran 1 ).
13
950804-04-5052
5.2 Analisis Bahagian A
5.2.1 Latar Belakang Respoden
a) Jantina
Rajah 1 menunjukkan carta pai bilangan
responden berdasarkan jantina lelaki dan perempuan. Dalam kajian ini, majoriti
responden perempuan berbanding responden lelaki. Sebanyak 60% bersamaan 18
orang respoden perempuan, manakala sebanyak 40% bersamaan 12 orang responden
lelaki.
Rajah 1 : Bilangan Responden Berdasarkan
Jantina
(Sumber: Kerja Lapangan Pengajian Am 2014)
14
950804-04-5052
b) Umur
Berdasarkan
rajah 2, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pilihan responden ini dipilih
secara rawak sistematik mengikut jumlah yang sama iaitu 30 orang responden
dibahagikan kepada 10 orang responden mengikut umur 13 tahun, 14 tahun, dan 15
tahun. Jumlah peratusan dan kekerapan untuk setiap umur adalah sama iaitu 33.3%
bersamaan dengan 10 orang responden.
Rajah 2 :
Bilangan Responden Berdasarkan Umur
(Sumber: Kerja Lapangan Pengajian Am 2014)
15
950804-04-5052
c)
Kaum
Berdasarkan
rajah 3,hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 93.3% iaitu 28 orang responden berdasarkan kaum
Melayu. Seterusnya, sebanyak 6.7% iaitu
bersamaan 2 orang responden berdasarkan kaum India.
Rajah 3: Bilangan
Responden Berdasarkan Kaum
( Sumber: Kerja Lapangan
Pengajian Am,2014)
16
950804-04-5052
5.3 Analisis Bahagian B
5.3.1 Bahagian B
1)
Masalah-masalah yang menghalang perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan
perempuan
Bawah 15 tahun, SSN SMK Seri Kota.
Skala Likert : 1- Tidak Setuju
2- Tidak Pasti
3- Setuju
Jadual
1: Sikap individualistik semasa sukan boleh merenggangkan hubungan perpaduan
antara
pemain hoki.
Bil
|
Perkara
|
Tidak
Setuju
|
Tidak
Pasti
|
Setuju
|
|||
f
|
%
|
f
|
%
|
f
|
%
|
||
1
|
Sikap
individualistik semasa sukan boleh merenggangkan hubungan perpaduan antara
pemain hoki.
|
3
|
10
|
2
|
6.7
|
25
|
83.3
|
(
Sumber: Kerja Lapangan Pengajian Am 2014)
Berdasarkan jadual 1, dapatan kajian
menunjukkan sebanyak 83.3% bersamaan 25 respoden telah memilih bersetuju bahawa
sikap individualistik semasa sukan boleh merenggangkan hubungan perpaduan
antara pemain hoki bawah 15 tahun di SSN SMK Seri Kota, Melaka. Manakala
sebanyak 10% bersamaan dengan 3 orang responden tidak bersetuju bahawa sikap
individualistik semasa sukan boleh merenggangkan hubungan perpaduan antara
pemain hoki. Sebanyak 6.7% bersamaan 2 orang telah memilih tidak pasti bahawa
adakah sikap individualistik semasa sukan menjadi punca masalah perpaduan terhalang. Hal ini,
menunjukkan bahawa sikap individualistik semasa sukan merupakan punca masalah
perpaduan sukar untuk dicapai dalam kalangan pemain hoki bawah 15 tahun.
17
950804-04-5052
Jadual 2 : Sesetengah pemain hoki
gemar untuk melakukan latihan secara sendirian
Bil
|
Perkara
|
Tidak
Setuju
|
Tidak
Pasti
|
Setuju
|
|||
f
|
%
|
f
|
%
|
F
|
%
|
||
2
|
Sesetengah
pemain hoki gemar untuk melakukan latihan secara sendirian.
|
10
|
33.3
|
5
|
16.7
|
15
|
50
|
(Sumber: Kerja Lapangan Pengajian Am 2014)
Berdasarkan jadual 2, dapatan kajian
menunjukkan bahawa sebanyak 50% bersamaan 15 orang responden bersetuju bahawa
sikap sesetengah pemain hoki gemar untuk melakukan latihan secara sendirian
boleh menjejaskan hubungan perpaduan antara pemain hoki. Hasil kajian seterusnya,
menunjukkan sebanyak 33.3% bersamaan 10 orang responden tidak setuju adakah
sesetengah pemain hoki gemar untuk melakukan latihan secara sendirian.
Manakala, 16.7% bersamaan 5 orang
responden tidak pasti adakah sesetengah pemain hoki gemar untuk melakukan
latihan secara sendirian menjadi penyebab masalah perpaduan terhalang. Ini
menunjukkan, bahawa majoriti pemain hoki bawah 15 tahun bersetuju bahawa
melakukan latihan sendirian juga boleh merenggangkan perpaduan antara pemain.
18
950804-04-5052
Jadual
3 : Kurang interaksi dengan pemain lain menyebabkan masalah komunikasi antara
pemain
terganggu.
Bil
|
Perkara
|
Tidak
Setuju
|
Tidak
Pasti
|
Setuju
|
|||
f
|
%
|
f
|
%
|
f
|
%
|
||
3
|
Kurang
interaksi dengan pemain lain menyebabkan masalah komunikasi antara pemain
terganggu.
|
10
|
33.3
|
4
|
13.
3
|
16
|
53.3
|
(Sumber:
Kerja Lapangan Pengajian Am 2014)
Berdasarkan jadual 3, dapatan kajian
menunjukkan sebanyak 53.3% bersamaan 16 orang responden telah bersetuju bahawa
kurang interaksi dengan pemain lain menyebabkan masalah komunikasi antara
pemain terganggu yang menjadi punca terhalangnya perpaduan bagi pemain hoki
bawah 15 tahun. Manakala, sebanyak 33.3%
iaitu 10 orang responden telah memilih tidak bersetuju bahawa kurang interaksi
antara pemain lain menyebabkan masalah komunikasi antara pemain terganggu.
Selebihnya, sebanyak 13.3% iaitu bersaman 4 orang responden telah memilih tidak
pasti, adakah kurang interaksi dengan pemain lain menyebabkan masalah komukasi
antara pemain terganggu menjadi punca perpaduan terhalang. Oleh itu, majoriti pemain hoki bawah 15 tahun
bersetuju bahawa kurang berinteraksi dengan pemain lain boleh menjadi punca
masalah perpaduan terhalang kerana kurang interaksi boleh menjejaskan
komunikasi antara pemain yang menyebabkan semangat perpaduan terganggu.
19
950804-04-5052
Jadual 4 : Kebanyakkan pemain
hoki terdiri daripada kaum Melayu sahaja.
Bil
|
Perkara
|
Tidak
Setuju
|
Tidak
pasti
|
Setuju
|
|||
f
|
%
|
f
|
%
|
f
|
%
|
||
4
|
Kebanyakkan
pemain hoki terdiri daripada kaum Melayu sahaja.
|
4
|
13.3
|
1
|
3.3
|
25
|
83.3
|
(Sumber:
Kerja Lapangan Pengajian Am 2014)
Berdasarkan jadual 4, dapatan kajian
telah menunjukkan sebanyak 83.3% bersamaan 25 respoden telah bersetuju bahawa
kebanyakkan pemain hoki terdiri daripada kaum Melayu sahaja telah menjadi
salah satu punca masalah perpaduan terhalang antara kaum. Manakala, sebanyak
13.3% iaitu seramai 4 orang respoden telah memilih untuk tidak setuju bahawa
kebanyakkan pemain hoki terdiri daripada kaum Melayu boleh menyebabkan
masalah perpaduan terhalang. Selebihnya, 3.3% bersamaan 1 orang responden telah
memilih untuk tidak pasti bahawa kebanyakkan pemain hoki terdiri daripada
kaum Melayu boleh menjadi punca kepada masalah terhalangnya perpaduan antara
pemain hoki. Ini menunjukkan, majoriti pemain hoki bawah 15 tahun bersetuju
bahawa sukan yang terdiri daripada sesuatu kaum akan menyebabkan perpaduan
antara kaum tidak dapat dicapai dan terhalang.
|
20
950804-04-5052
Jadual 5: Sikap
kurang bekerjasama dalam kalangan pemain.
Bil
|
Perkara
|
Tidak
Setuju
|
Tidak
Pasti
|
Setuju
|
|||
f
|
%
|
f
|
%
|
F
|
%
|
||
5
|
Sikap
kurang bekerjasama dalam kalangan pemain.
|
4
|
13.3
|
1
|
3.3
|
25
|
83.3
|
(Sumber: Kerja Lapangan Pengajian Am, 2014)
Bagi jadual 5, hasil kajian, sikap
kurang bekerjasama dalam kalangan pemain telah menunjukkan sebanyak 83.3%
bersaman 25 orang responden telah memilih untuk bersetuju bahawa pernyataan ini menjadi salah
satu masalah perpaduaan antara pemain . Manakala 13.3% bersamaan 4 orang
respoden memilih untuk tidak bersetuju bahawa sikap kurang bekerjasama dalam
kalangan pemain menjadi punca terjadinya masalah perpaduan antara pemain hoki.
Selebihnya, sebanyak 3.3% bersamaa 1 orang responden telah memilih tidak pasti
bagi pernyataan ini. Ini menunjukkan, majoriti pemain hoki bawah 15 tahun bersetuju
sikap kurang bekerjasama dalam kalangan pemain menjadi penghalang kepada
masalah perpaduan.
21
950804-04-5052
Jadual 6 :
Sikap kurang menghormati sesama pemain.
Bil
|
Perkara
|
Tidak
Setuju
|
Tidak
Pasti
|
Setuju
|
|||
f
|
%
|
f
|
%
|
F
|
%
|
||
6
|
Sikap
kurang menghormati sesama pemain.
|
7
|
23.3
|
3
|
10
|
20
|
66.7
|
(Sumber: Kerja Lapangan Pengajian Am, 2014)
Berdasarkan jadual 6, hasil kajian
menunjukkan sebanyak 66.7% iaitu 20 orang responden bersetuju bahawa sikap kurang menghormati
sesama pemain boleh menjadi penghalang kepada masalah perpaduan antara pemain
hoki. Hasil kajian seterusnya menunjukkan 23.3% bersamaan 7 orang responden
telah memilih untuk tidak bersetuju bahawa sikap kurang menghormati sesama
pemain menjadi penghalang kepada masalah perpaduan antara pemain hoki.
Manakala, sebanyak 10% iaitu seramai 3 orang responden telah memilih untuk
tidak pasti adakah sikap kurang menghormati sesama pemain menjadi punca masalah
perpaduan antara pemain hoki terhalang. Oleh itu, majoriti pemain hoki bawah 15
tahun memilih untuk bersetuju bahawa sikap kurang menghormati sesama pemain
menjadi punca masalah perpaduan dalam kalangan pemain sukar dicapai dalam sukan
hoki.
22
950804-04-5052
Jadual 7
: Sikap kurang berdisiplin dalam latihan
Bil
|
Perkara
|
Tidak
Setuju
|
Tidak
Pasti
|
Setuju
|
|||
f
|
%
|
f
|
%
|
F
|
%
|
||
7
|
Sikap
kurang berdisiplin dalam latihan
|
10
|
33.3
|
3
|
10
|
17
|
56.7
|
(Sumber:
Kerja Lapangan Pengajian Am, 2014)
Berdasarkan jadual 7, sebanyak 56.7% bersamaan 17 orang
responden setuju bahawa sikap kurang berdisiplin dalam latihan boleh
menjejaskan perpaduan antara pemain hoki. Manakala sebanyak 33.3% bersamaan 10
orang responden tidak setuju bahawa sikap kurang berdisiplin dalam latihan
boleh menjejaskan perpaduan antara pemain hoki. Selebihnya, sebanyak 10% iaitu
bersamaan 3 orang responden tidak pasti adakah sikap kurang berdisiplin dalam
latihan menjadi punca terjejasnya masalah perpaduan antara pemain hoki . Ini
menunjukkan, majoriti pemain hoki bawah 15 tahun bersetuju sikap kurang
berdisiplin dalam latihan menjadi punca yang menghalang perpaduan dalam
kalangan pemain hoki.
23
950804-04-5052
2) Cara-cara sukan hoki dapat mewujudkan perpaduan
dalam kalangan pelajar Bawah 15 tahun,
SSN SMK Seri Kota,
Melaka.
Rajah 4 : Pemain hoki
ditempatkan dalam bilik yang sama di asrama.
(Sumber: Kerja Lapangan Pengajian Am, 2014)
Berdasarkan rajah 4, hasil kajian
menunjukkan bahawa pemain hoki seramai 53.3% bersamaan 16 orang responden
bersetuju bahawa langkah pemain hoki ditempatkan dalam bilik yang sama di
asrama dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah 15 tahun di
SSN SMK Seri Kota. Manakala, sebanyak 23.3% bersamaan 7 orang responden tidak
bersetuju bahawa pemain hoki ditempatkan dalam bilik yang sama di asrama bukan
merupakan cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah 15
tahun ini. Selebihnya, sebanyak 23.3% bersamaan 7 orang responden juga tidak
pasti bahawa adakah pemain hoki
ditempatkan dalam bilik yang sama di asrama boleh mewujudkan perpaduan antara
pemain hoki bawah 15 tahun. Ini menunjukkan, majoriti pemain hoki bawah 15 tahun
SSN SMK Seri Kota bersetuju bahawa langkah pemain hoki ditempatkan dalam bilik
yang sama di asrama dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemain.
24
950804-04-5052
Rajah 5: Sikap
saling menghormati diantara pemain.
(Sumber: Kerja Lapangan Pengajian Am, 2014)
Berdasarkan rajah 5, hasil kajian
menunjukkan sebanyak 80% iaitu 24 orang
responden bersetuju mengenai sikap saling menghormati diantara pemain merupakan
cara yang boleh mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah 15 tahun.
Seterusnya, sebanyak 13.3% bersamaan dengan 4 orang responden tidak pasti
bahawa adakah sikap saling menghormati diantara pemain merupaka cara yang boleh
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah 15 tahun . Manakala,
selebihnya sebanyak 6.7% bersamaan 2
orang respoden memilih untuk tidak bersetuju bahawa sikap saling menghormati
diantara pemain bukan merupakan cara untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
pemain hoki bawah 15 tahun. Ini menunjukkan, bahawa pemain hoki bawah 15 tahun
bersetuju bahawa sikap saling menghormati diantara pemain dapat membantu
mewujudkan perpaduan dalam pasukan.
25
950804-04-5052
Rajah 6:
Memanjangkan masa latihan
(Sumber: Kerja
Lapangan Pengajian Am, 2014)
Berdasarkan rajah 6, hasil kajian
menunjukkan bahawa sebanyak 83.3% bersamaan 25 orang responden bersetuju bahawa
memanjangkan masa latihan merupakan langkah yang dapat memupuk perpaduan dalam
kalangan pemain hoki bawah 15 tahun. Manakala, sebanyak 13.3% iaitu 4 orang
respoden tidak bersetuju adakah memanjangkan masa latihan mampu mewujudkan
perpaduan dalam kalangan pemain hoki. Selebihnya, sebanyak 3.3% bersamaan 1
orang responden tidak pasti memanjangkan masa latihan boleh mewujudkan
perpaduan dalam kalangan pemain hoki. Ini menunjukkan, bahawa majoriti pemain
hoki bawah 15 tahun bersetuju bahawa langkah memanjangkan masa latihan dapat
membantu mereka untuk mewujudkan perpaduan semasa latihan.
26
950804-04-5052
Rajah 7: Sikap tolenransi dan
kerjasama perlu diterapkan di dalam diri pemain
(Sumber:
Kerja Lapangan Pengajian Am, 2014)
Berdasarkan rajah 7, sebanyak 83.3% bersamaan 25 orang responden bersetuju bahawa
sikap tolenransi dan kerjasama perlu diterapkan di dalam diri pemain kerana
boleh mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah 15 tahun. Manakala,
sebanyak 13.3% bersamaan 4 orang responden tidak pasti akan pernyataan ini.
Selebihnya, sebanyak 3.3% bersamaan 1 orang responden tidak setuju bahawa sikap
tolenransi dan kerjasama perlu diterapkan di dalam diri pemain merupakan cara
yang boleh mewujudkan perpaduan. Oleh itu, kajian ini menunjukkan majoriti
pemain hoki bawah 15 tahun SSN SMK Seri Kota telah bersetuju bahawa sikap
tolenransi dan kerjasama perlu diterapkan di dalam diri pemain menjadi salah
satu cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pemain hoki.
27
950804-04-5052
Rajah
8: Memperbanyakkan pertandingan supaya semangat perpaduan dapat diwujudkan
dalam
pasukan.
(Sumber:
Kerja Lapangan Pengajian Am, 2014)
Berdasarkan rajah 8, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 83.3% iaitu
seramai 25 orang responden bersetuju
bahawa memperbanyakkan pertandingan supaya semangat perpaduan dapat diwujudkan
dalam latihan merupakan cara yang boleh memumpuk perpaduan dalam kalangan
pemain hoki bawah 15 tahun. Manakala sebanyak 10% iaitu seramai 3 orang
responden tidak pasti adakah memperbanyakkan pertandingan supaya semangat
perpaduan dapat diwujudkan dalam pasukan merupakan cara yang boleh memupuk
perpaduan dalam kalangan pemain hoki. Selebihnya sebanyak 6.7% iaitu 2 orang
responden tidak bersetuju bagi pernyataan ini. Oleh itu, bagi pernyataan ini
majoriti pemain hoki bawah 15 tahun telah bersetuju kerana mereka berasakan
bahawa cara ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan perpaduan terhadap
pelajar yang menyertai sukan hoki ini.
28
950804-04-5052
Rajah 9 : Menganjurkan
kem latihan.
(Sumber: Kerja Lapangan Pengajian Am, 2014)
Berdasarkan rajah 9, hasil kajian
menunjukkan sebanyak 66.7% bersamaan dengan 20 orang responden bersetuju bahawa
menganjurkan kem latihan merupakan langkah yang boleh mewujudkan semangat
perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah 15 tahun. Manakala, sebanyak 23.3%
bersamaan 7 orang responden tidak setuju bahawa menganjurkan kem latihan boleh
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah 15 tahun. Seterusnya,
sebanyak 10% bersamaan 3 orang responden tidak pasti bahawa menganjurkan kem
latihan merupakan cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah
15 tahun. Ini menunjukkan bahawa langkah
menganjurkan kem latihan, menyebabkan majoriti pemain hoki bawah 15 tahun
bersetuju menjadikan langkah ini sebagai salah satu cara untuk memupuk perpaduan
dalam pasukan hoki.
950804-04-5052
Rajah 10: Peranan
Jurulatih
(Sumber:
Kerja Lapangan Pengajian Am, 2014)
Berdasarkan rajah 10, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 73.3%
bersamaan dengan 22 orang responden bersetuju bahawa peranan jurulatih merupakan
salah satu cara yang membantu pemain hoki bawah 15 tahun mewujudkan perpaduan
antara mereka. Manakala 20% bersamaan 6 orang responden tidak bersetuju bahawa
peranan jurulatih mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemain bawah 15
tahun. Selebihnya, 6.7% iaitu sebanyak 2
orang responden tidak pasti bahawa peranan jurulatih merupakan cara yang boleh
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah 15 tahun. Ini
menunjukkan, bahawa peranan jurulatih menjadi salah satu cara yang dapat
membantu pemain hoki bawah 15 tahun memupuk semangat perpaduan antara mereka.
30
950804-04-5052
6.0
RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian ini bertujuan mengenal pasti
masalah-masalah yang menghalang perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan
perempuan Bawah 15 tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka yang menyertai sukan hoki
dan cara-cara sukan hoki dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar
lelaki dan perempuan Bawah 15 tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka.
Pengkaji telah menjalankan kajian ke
atas 30 orang responden daripada pelbagai status yang berada di SSN SMK Seri
Kota, Melaka. Data maklumat telah pun diperolehi daripada kajian ini dan
dianalisis oleh pengkaji sendiri. Analisis kajian ini dilakukan menggunakan
kaedah statisitik deskriptif dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan.
Keseluruhan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti masalah-masalah yang menghalang perpaduan dalam kalangan pelajar
lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. SSN SMK Seri Kota, Melaka yang menyertai
sukan hoki. Hasil kajian yang didapati, ramai responden bersetuju kebanyakkan
pemain hoki terdiri daripada kaum Melayu sahaja adalah masalah yang menghalang
perpaduan dalam kalangan pemain hoki bawah 15 tahun. Namun begitu, pernyataan
bagi ketujuh-tujuh masalah ini mencapai
objektif kajian yang diingini.
Selain itu, bagi pernyataan mengenai
cara-cara sukan hoki dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki
dan perempuan bawah 15 tahun di SSN SMK Seri Kota, Melaka telah menunjukkan
bahawa kebanyakkan responden memilih
untuk bersetuju bagi pernyataan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti
responden telah bersetuju bahawa sikap tolenransi dan kerjasama perlu
diterapkan di dalam diri pemain merupakan langkah yang dapat mewujudkan
perpaduan dalam kalangan pemain bawah 15 tahun. Hal ini, menunjukkan bahawa
cara-cara yang dinyatakan dalam kajian borang soal selidik mencapai objektif
bagi kajian ini.
Oleh itu, semoga setiap masalah yang
dinyatakan dapat diatasi oleh semua pihak yang terlibat bagi memumpuk semangat
perpaduan dalam kalangan pemain dan cara-cara yang diambil juga diharapkan
mampu untuk meningkat dan memumpuk semangat perpaduan dalam kalangan pemain
hoki bawah 15 tahun.
31
950804-04-5052
7.0 RUJUKAN
Buku
Teks Sains Sukan Tingkatan 4, penerbitan H.I.Holdings S.d.n.B.h.d 2006,
http:// maps. Google.com
http: www. Google.com
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Keempat, 2007
Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia.
webmpm.mpm.edu.my
Laman web.
Tatabahasabm.tripid.com/bank/projekhoki/
ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
nuaipentastick.blogspot.com/2013/11/pbs-pengajian-am-stpm-2013-penggal-2.html
nextsportssite.blogspot.com
32
950804-04-5052
8.0
LAMPIRAN
Lampiran 1
Gambar1: Pemain hoki lelaki di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka
(Sumber : Kerja Pemerhatian)
33
950804-04-5052
Gambar 2 : Pemain hoki perempuan di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka
( Sumber : Kerja Pemerhatian )
34
950804-04-5052
Lampiran 2
Kajian Lapangan
Pengajian Am Kertas 4 ( 900/4 ) 2014
SSN SMK SERI KOTA, JALAN AYER LELEH,
75050 MELAKA
Borang soal selidik “ Penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan Bawah 15 tahun dalam sukan hoki di SSN SMK Seri Kota, Melaka dalam
mewujudkan perpaduan”.
Assalammualaikum/Salam sejahtera.
·
Soal selidik ini dijalankan bertujuan
untuk mendapatkan maklum balas mengenai “Penglibatan pelajar lelaki dan
perempuan Bawah 15 tahun dalam sukan hoki di SSN SMK Seri Kota, Melaka dalam
mewujudkan perpaduan”.
·
Segala maklum balas yang dinyatakan akan
DIRAHSIAKAN.
·
Diharapkan anda dapat melengkapkan semua
maklumat yang telah diberikan dan kerjasama semua amat dihargai.
35
950804-04-5052
Bahagian
A: Maklumat Diri Responden
Tandakan
( / ) pada ruangan yang disediakan.
1. Jantina
: Lelaki ( )
: Perempuan ( )
2. Umur : 13 tahun
( )
14 tahun ( )
15 tahun ( )
3. Bangsa : Melayu
( )
Cina ( )
India ( )
Lain- lain……………. ( nyatakan )
Bahagian B
Berdasarkan kepada kenyataan yang
diberikan, jawab soalan berikut. Baca dengan teliti setiap kenyataan. Pilih
satu jawapan dengan menandakan ( / )
dalam ruangan berkenaan berdasarkan skala yang berikut.
Skala
likert: 1) Tidak Setuju
2) Tidak Pasti
3) Setuju
36
950804-04-5052
1) Masalah-masalah
yang menghalang perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan Bawah 15
tahun, SSN SMK Seri Kota, Melaka yang menyertai sukan hoki.
Bil
|
Perkara
|
1
|
2
|
3
|
1.
|
Sikap
individualistik semasa sukan boleh merenggangkan hubungan perpaduan antara
pemain hoki.
|
|
|
|
2.
|
Sesetengah
pemain hoki gemar untuk melakukan latihan secara sendirian.
|
|
|
|
3.
|
Kurang
interaksi dengan pemain lain menyebabkan masalah komunikasi antara pemain
terganggu.
|
|
|
|
4.
|
Kebanyakan
pemain hoki terdiri daripada kaum Melayu sahaja.
|
|
|
|
5.
|
Sikap
kurang bekerjasama dalam kalangan pemain.
|
|
|
|
6.
|
Sikap
kurang menghormati sesama pemain.
|
|
|
|
7.
|
Sikap
kurang berdisiplin dalam latihan.
|
|
|
|
37
950804-04-5052
2) Cara-cara
sukan hoki dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar lelaki dan
perempuan Bawah 15 tahun, SSN SMK Seri Kota.
Bil
|
Perkara
|
1
|
2
|
3
|
1.
|
Pemain
hoki ditempatkan dalam bilik yang sama di asrama.
|
|
|
|
2.
|
Sikap
saling menghormati diantara pemain.
|
|
|
|
3.
|
Memanjangkan
masa latihan.
|
|
|
|
4.
|
Sikap
toleransi dan kerjasama perlu diterapkan di dalam diri pemain.
|
|
|
|
5.
|
Memperbanyakkan
pertandingan supaya semangat perpaduan dapat diwujudkan dalam pasukan.
|
|
|
|
6.
|
Menganjurkan
kem latihan.
|
|
|
|
7.
|
Peranan
Jurulatih.
|
|
|
|
38