Monday, January 20, 2014

CONTOH KERTAS KERJA PERKHEMAHAN SSN SMK SERI KOTA


                                                                      
                                                          MEB2145.jpg
                                                         SSN SMK SERI KOTA
          KERTAS KERJA PERKHEMAHAN 
           PERINGKAT SEKOLAH  
                               2013                     
                
                                       HARI/TARIKH
                                 Jumaat-Ahad ( 4-6 Oktober 2013 )
                                            
                                                     TEMPAT
                          Pusat Kokurikulum Lancang , Melaka


ANJURAN
        PELAJAR TINGKATAN ENAM BAWAH
      SAINS SUKAN
     2013 



                                                          





                                                              KANDUNGAN

                                               PERKARA

1.     PENGENALAN
2.     NAMA PROGRAM
3.     MATLAMAT
4.     OBJEKTIF
5.     JAWATANKUASA INDUK
6.     AHLI JAWATANKUASA
7.     BUTIRAN PERKHEMAHAN
8.     ANGGARAN PERBRLANJAAN
9.     SUMBER KEWANGAN
10.  TUJUAN PERKHEMAHAN
11.   PESERTA/ KUMPULAN SASARan 
12.   AKTIVITI YANG DIRANCANG
13.   MENU MAKANAN
14.   PERATURAN PERKHEMAHAN/KESELAMATAN/KEBERSIHAN
15.   SENARAI SEMAK KEPERLUAN PESERTA
16.TENTATIF PROGRA 
17.PENUTUP



1.0           PENGENALAN

Perkhemahan peringkat sekolah ini adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
Perkhemahan ini juga mendidik pelajar supaya percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan , mereka akan didedahkan kepada suatu persekitaran baru, ia juga memberikan satu rasa dengan menanan sifat keberanian dan kepercayaan internal dan interpersonal.
Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya.
Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama pelajar dan juga guru-guru. 


1.1           RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT PERKHEMAHAN                             
           
Pusat Kokurikulum Melaka merupakan pusat aktiviti pendidikan luar yang terletak di K.g Lanchang dalam Daerah Merlimau , Merlaka. Pemilihan tempat ini dibuat kerana mempunyai beberapa criteria yang penting bagi melaksanakan aktiviti pendidikan luar , antaranya :
       i.            Mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti air , elektrik , rumah , surau , dewan , padang kawad dan pengangkutan.
     ii.            Mempunyai jurulatih tetap yang bertauliah seramai 6 orang , dibantu oleh jurulatih sampingan .
  iii.            Kemudahan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti sama ada di darat , air mahupun aktiviti tali.
  iv.            Mempunyai kerjasama yang baik dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM) untuk tujuan bantu mula dan kecemasan semasa menjalankan aktiviti.
     v.            Persekitaran yang menarik dan sesuai untuk menanamkan semangat juang dan jati diri dikalangan peserta program.




2.0           NAMA PROGRAM

PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH SSN SMK SERI KOTA, MELAKA 2013



3.0           MATLAMAT
        Antara matlamat program ini ialah seperti berikut :  

1.     Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan jurulatih.
2.     Mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama unit masing-masing.
3.     Membina keyakinan diri pelajar dan berfikir secara rasional , apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
4.     Menanam rasa syukur terhadap kurniaan Allah s.w.t dan melahirkan generasi yang tahu menghargai masa.
5.     Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insane.
6.     Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.



4.0           Objektif
Antara objektif bagi program ini ialah :
1.     Membina generasi yang bersemangat patriotik , cintakan agama , bangsa dan Negara.
2.     Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan , memiliki keterampilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
3.     Membina dan memupuk pemimpin dikalagan pelajar yang sentiasa mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan kokurikulum.
4.     Menanam sikap bertolenransi, kerjasama, tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan dengki, memetingkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain.
5.     Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta sentiasa peka secara proaktif dalam menghadapi cabaran hidup.  





5.0 JAWATANKUASA INDUK
 
            
   PENAUNG                    : Haji Daud Bin Abdull
                                            ( Pengetua Ssn Smk Seri Kota )

  PENASIHAT                  : Lim Chin Meng
                                             ( GPK Koku Tingkatan Enam )

 GURU TINGKATAN  6 : Puan Lili Binti Basmi

 GURU SAINS SUKAN  : Puan Zahriah Binti Hamid
 TINGKATAN ENAM

 PENGERUSI                  : Feikha Nur Fitri Binti Zakaria

 N.PENGERUSI              : Farah Nadia Binti Leman

 SETIAUSAHA               : Siti Khadijah Binti Yahya

 BENDAHARI               : Nur Azean Binti Zakaria       
     
                              




6.0           AHLI JAWATANKUASA KECIL

AKTIVITI                                 : Nur Haqirah Binti Suhaimi
                                                      Farah Nadia Binti Leman

PERALATAN                           : Siti Munirah Binti Ramlan
                                                      Nurul Syahidah Binti Noor Hussin          
         
KESELAMATAN                     : Nur Haqirah Binti Suhaimi

MAKAN DAN MINUMAN     : Siti Khadijah Binti Yahya
                                                      Feikha Nur Fitri Binti Zakaria

BUKU PROGRAM                  : Nur Azean Binti Zakaria

IBADAH                                    : Siti Khadijah Binti Yahya
                                                      Farah Nadia Binti Leman

URUSETIA                               :  Feikha Nur Fitri Binti Zakaria
                                                       Nur Azean Binti Zakaria
                                                       Siti Munirah Binti Ramlan
                                                        Nurul Syahidah Binti Noor Hussin 


7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN

      Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
         
           I.            Hari        : Jumaat hingga Ahad
        II.            Tarikh    : 4-6 Oktober 2013
     III.            Tempat   : Pusat Koku Lanchang, Melaka
    IV.            Jurulatih : 6 orang jurulatih , 1 orang guru Sains Sukan    



 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN  
       Berikut adalah anggaran perbelanjaan yang dinyatakan :
       
        
Bil
            Perkara
              Kuantiti
    Jumlah
1.
Makan dan minum
RM 20 x 7 orang x 3 hari
RM 140.00
2.
Pengangkutan
RM 60 x 2 hari
RM 120.00
3.
Sijil
RM 1.00 x 7 orang
RM 7.00
4.
Jurulatih
RM 80.00 x 6 orang
RM 480.00
5.
Jumlah keseluruhan

RM 747.00



9.0           SUMBER KEWANGAN
                               i.            Peruntukkan sains sukan
                             ii.            Sumbangan pelajar


10.0 TUJUAN PERKHEMAHAN     
Aktiviti perkhemahan mempunyai manfaat secara langsung dan tidak langsung terhadap perkembangan jasmani, emosi , intelek dan rohani terutamanya kepada kanak-kanak dan orang dewasa , antara tujuannya :
          i.            Sebagai satu proses dalam kaedah pembelajaran.
       ii.            Sebagai makmal atau bilik darjah semula jadi.
     iii.            Melatih berdikari dan konsep kendiri yang positif.
     iv.            Mengurangkan ketegangan emosi.
       v.            Orientasi sosial dan mengisi masa lapang yang berfaedah.


  10.1. PERMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN
 Bertanggungjawab dan tahu undang-undang setempat serta mendapat kebenaran dari yang berkaitan. 
         I.            Sesuai dengan aktiviti / selamat dari gangguan luar.
      II.            Berhampiran punca air / tempat berteduh.
   III.            Mudah untuk interaksi kecemasan.
  IV.            Mendapat pertimbangan dari segi cuaca , geografi dan biologi.

  10.2. ASPEK-ASPEK PENTING TAMBAHAN DALAM              
            PENGURUSAN PERKHEMAHAN
                                  i.            Peraturan perkhemahan/ umum dan spesifik.
                               ii.            Keselamatan khemah.
                             iii.            Penjagaan khemah.
                             iv.            Peraturan keselamatan.
                               v.            Panduan kepada kumpulan dalam perkhemahan.
                             vi.            Tugasan untuk kraf perkhemahan dan kemudahan perkhemahan.
                          vii.            Pengurusan masa, sikap dan kerjasama antara ahli kumpulan.

     
   

  11.0 KUMPULAN SASARAN
        
                                  i.            Perkhemahan ini dibuat untuk pelajar sains sukan tingkatan enam.


      12.0 AKTIVITI YANG DIRANCANG
           
            Antara aktiviti yang dirancang semasa perkhemahan :

i.                   Wall Climbing
ii.                 Rentas halangan
iii.              Flying Fox
iv.              Paintball
v.                 Senamrobik
vi.              Malam kebudayaan
vii.            Ikatan dan simpulan



13.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN
       (untuk tiga hari dua malam sepanjang perkhemahan )


                                                     Hari Jumaat
Bil
 Waktu makan minum
                   Menu
1.
Minum petang
teh o/kopi , kuih-muih
2.
Makan malam
Nasi putih, ikan goreng, telur sambal, air sirap
3.
Minum malam
Milo , roti/biskut


                                                 Hari Sabtu
Bil
 Waktu makan minum
                         Menu
1.
Sarapan pagi
Teh o , mee goreng
3.
Makan tengahari
Nasi putih , ayam masak merah , sayur campur ,  air sirap
4.
Minum petang
Teh o , kuih
5.
Makan malam
Nasi putih sambal ikan , sayur campur , air sirap
6.
Minum malam
Teh o/kopi , biskut


                                                  Hari Ahad
Bil
   Waktu makan minum
                  Menu
1.
Sarapan pagi
Teh o , nasi goreng
2.
Makan tengah hari
Nasi putih , ayam masak lemak , sayur campur , telur dadar , air sirap



14.0 PERATURAN PERKHEMAHAN/KESELAMATAN/                            
       KEBERSIHAN

                Disini dinyatakan berapa panduan perkhemahan :  
i.                   Pelajar perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk menyertai sebarang perkhemahan.
ii.                 Pelajar perlu mempunyai tubuh badan yang sihat bagi menjamin aktiviti perkhemahan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan dan gangguan kecemasan.
iii.              Jangan menjalankan aktiviti yang tidak dijadualkan kecuali mendapat kebenaran dari pihak yang bertugas.
iv.              Jangan berpecah dari kumpulan dan merayau seorang diri.
v.                 Berteriak dengan kuat atau meniup wisel untuk mendapat bantuan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan.
vi.              Jangan membawa sebarang senjata yang berbahaya.
vii.            Jaga kebersihan diri dan jugak kebersihan khemah.
viii.         Menjaga kebersihan makanan dan minuman untuk mengelak keracunan.
ix.              Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk dan memasak di dalam khemah atau di tepi khemah.
x.                 Sentiasa membersihkan khemah dari sebarang kekotoran.
xi.              Memasang khemah dengan cara dan panduan yang betul bagi mengelak khemah roboh atau tumbang jika ditiup angin.





14.1 PANDUAN MEMASANG KHEMAH
         
i.                   Pertama sekali haruslah memilih tapak yang sesuai , selamat dan rata serta bersih dari sebarang kotoran , najis dan haiwan berbisa.
ii.                 Jika memasang khemah ketika angin kuat, tentukan supaya bahagian belakang khemah menghadap angin.Jika tidak angin akan memasuki khemah dan menyukarkan keadaan khemah tersebut.
iii.              Gunakan kayu yang panjang menggantikan paku/pancang khemah jika mendirikan di pasir , tanak lembut , kawasan berangin.
iv.              Kedudukan pancang hendaklah bersudut tepat dengan tali khemah.
v.                 Apabila hujan , kendorkan tali khemah sedikit bagi memanjatkan hayat khemah.
vi.              Pastikan lapisan luar khemah tidak bersentuh dengan lapisan dalam khemah bagi mengelakkan air dari meresap ke dalam khemah.
vii.            Jarak antara khemah lain dengan khemah yang lain jangan terlalu rapat hingga menyukarkan pergerakkan , dan jangan terlalu jauh hingga menyukarkan perhubungan.

15.0 SENARAI SEMAK KEPERLUAN PESERTA
·        Baju T-shirt 3 helai
·        Seluar traksuit 3 helai
·        Tudung hitam
·        Selipar
·        Kasut sukan
·        Baju kurung
·        Barang mandian
·        Ubat-ubatan ( jika perlu )
·        Telekung
·        Dan keperluan lain jika perlu


16.0 TENTATIF PROGRAM
                                             Hari Jumaat
        Masa
           Aktiviti yang dijalankan
       3.00 ptg
Bertolak ke Pusat Koku , Merlimau Melaka
      4.30 ptg
Sampai dan solat asar
      5.00 ptg
Mendiri khemah
      6.00 ptg
Pengurusan diri , makan , solat magrib
      9.00 mlm
Ice breaking dan taklimat aktiviti
     10.30 mlm
Minum malam
     11.00 mlm
Masuk tidur

Hari Sabtu
       Masa
              Aktiviti yang dijalankan
       5.30 pg
Pengurusan diri dan solat subuh
       7.30 pg
Perhimpunan pagi dan nyanyian negaraku
       8.00 pg
Senamrobik
       9.00 pg
Sarapan pagi
     10.00 pg
Rentas halagan
     12.00 tgh
Rehat
     12.30 tgh
Wall climbing
       2.00 tgh
Makan tengah hari, rehat, solat zohor
      3.00 tgh
Flying fox
        4.30 ptg
Pengurusan diri
            5.00 ptg
Solat asar
        5.30 ptg
Paintball
        6.10 ptg
Pengurusan diri , makan , solat magrib
        9.00 mlm
Malam kebudayaan
        10.30 mlm
Minum malam
        11.00 mlm
Tidur

                                           Hari Ahad
           Masa
                     Aktiviti yang dijalankan
           7.30 pg
Perhimpunan pagi dan nyanyian lagu Negaraku
           8.00 pg
Senamrobik
           9.00 pg
Pembelajaran ikatan dan simpulan
           10.00 pg
Sarapan pagi
           10.30 pg
Rehat , kemas barang
           11.30 pg
Taklimat sebelum balik
           12.00 tgh
Makan tengah hari
           1.00 tgh
Pulang



17.0 PENUTUP
 
 Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal   melahirkan insan yang berjiwa kental , bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.

Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya . Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka.

Melalui program ini juga , adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan.

Dengan berakhirnya program ini juga nanti , segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.








Disediakan oleh ,                                                                   Disahkan oleh ,

……………………………………...                     ……………………………………
( SITI KHADIJAH BINTI YAHYA )                  ( PUAN ZAHRIAH BINTI HAMID)
  Setiausaha Sains Sukan Ting.6 ,                           Guru Sains Sukan Ting. 6 ,
  SSN SMK SERI KOTA ,                                      SSN SMK SERI KOTA ,                                                    
  75050 Melaka.                                                       75050 Melaka.               


Disemak oleh ,

………………………………………
( TUAN HAJI DAUD BIN ABDULL )
Pengetua Sekolah ,
SSN SMK SERI KOTA ,
75050 MELAKA.