Sunday, February 23, 2014

sorry still tak dapat lupakan awak..

Ya Allah kalau begini sakitnya cinta lebih baik kau hapuskan rasa cinta ini dekat diriku.Biarlah rasa cinta ini hanya kepada Mu , kekasihMu , keluargaku , sahabat dan makhluk di bumi ni dan bukan cinta terhadap pasangan.Kenapa susahnya permainan perasaan yang aku sedang alami ni , kenapa aku masih mengingantinya lagi sedangkan dia dah bergembira dengan si dia . Ermmm ya Allah adakah aku layak memiliki cinta yang suci dan ikhlas buat diriku. Ya Allah adakah aku boleh berbahagia bersama si dia yang bakal ku temui satu ary nanti..Aku masih belum mampu melupakannya ya Allah.. Bantulah aku ya Allah.. Bantulah aku..

Friday, February 21, 2014

masih belum boleh melupakan...

Aku mungkin boleh tipu orang laen dengan senyum aku yang kelihatan sangat ikhlas , aku mungkin boleh tipu orang laen dengan ketawa ku yang kedengaran ceria dan aku mungkin boleh tipu orang laen dengan diriku yang kelihatan seperti biasa dan normal. Tapi hakikatnya betapa sakit perasaan di dalam diri ini.Betapa sakit hati ini bila mengetahui yang aku masih tidak dapat melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku dulu. Walaupun kata-kata perpisahan itu datang daripada diriku tapi jauh disudut hatiku bahwa aku masih menyayanginya.Pengalaman mengajar aku lebih berhati-hati terhadap cinta , lebih berhati-hati terhadap hawa nafsu dah lebih istiqamah untuk mengingatkan diri ini agar menjadi yang lebih baik.Jangan biarkan diri ini dikuasai oleh nafsu kerna akan membinasakan diri sendiri.Mengetahui si dia sudah berpunya menambahkan rasa sakit dihati sedangkan perpiasahan kami baru sahaja menjangkau beberapa bulan aje.Mungkin dia dah bertemu dengan kebahagian sedangkan aku disini berasa sakit di dalam diam.Aku takut untuk mengakuinya kerna ego yang tinggi dan takut jika digelar seperti menjilat ludah sendiri.Ya masih belajar melupakannya dan aku harap si dia akan hilang sedikit demi sedikit di dalam ingatan dan hatiku.Bantu ku ya Allah sesunggihnya aku insan yang terlalu lemah apabila berdepan dengan perasaan hati ini.Sesungguhnya rasa sayang itu datangnya dari pemberian kau dah kau tariklah balik rasa sayang ini agar dapat berpindah kepada orang yang lebih baik dari sebelum ini buat diriku.Semoga aku pun mendapat kebahagian aku sendiri.