Sunday, August 18, 2013

pray to syria..

Fahami PERANG DI SYRIA Oleh Syeikh Khalid Hassan Al-Hindawi | Sejarah REVOLUSI SYRIA | Sejarah ini dikongsikan oleh Ustaz Fikri dalam blog beliau semasa mengikuti Ceramah Revolusi Syria yang dibentangkan oleh Syeikh Khalid Al-Hindawi.

Syeikh Khalid Hassan al-Hindawi adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi. Syeikh memberitahu bahawa permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. Dan saat ini Basyar al-Assad sedang memerintah dengan besi dan api ( kekerasan).

Sesungguhnya orang-orang fasiq ingin menipu manusia supaya berpaling dari kebenaran dan revolusi ini, tetapi mereka gagal dan berada dalam keadaan rugi.



Syeikh seterusnya memetik kalam Saidina Ali radiyallahu-anhu ;

 ” Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat” .
Dan ini bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam Surah al-Isra’ ayat 81 ;

Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. 
Syeikh seterusnya mengatakan bahawa cara berpolitik ala Fir’aun seperti yang dilakukan oleh Bashar Assad dan orang yang sepertinya seperti pemerintah Tunis, Mesir, Yaman, dan Libya seperti Fir’aun di zaman Nabi Musa, yang mana mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat mereka, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman dari memakai hijab, menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak2. Dan mereka ini tidak akan kekal.

Syeikh memberi misalan keadaan mereka ini seperti di dalam Surah ar-Ra’d ayat 17 ;

 Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. 
Seterusnya Syeikh menceritakan tentang sejarah Syria. Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Bashar al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun. Dan Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Seterusnya Syeikh menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama.

HAFEZ AL-ASSAD

Hafez al-Assad dari merupakan Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya yang terdiri daripada Muslim Sunni, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita(ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawi, 10 peratus darinya beragama Kristian dan 84 peratus daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez.

Syeikh seterusnya menyebutkan sifat-sifat Syiah yang mana mereka begitu membenci Ahlussunnah, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan Ummahatul Mukminin.

Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak 6 kilometer dari Bukit Golan. Maka Shaykh menanyakan di mana buktinya bahawa Syria ini menentang Israel?

Maka di mana buktinya bahawa regim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel ?! 
PERJANJIAN RAHSIA

Syeikh seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Bashar merupakan al-Assad kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Syeikh seterusnya menceritakan tentang regim Syria yang menggunakan tindakan ketenteraan ke atas rakyatnya, merogol dan mencabul kehormatan perempuan-perempuan. Sebenarnya ramai di antara askar yang tidak menyetujui kekerasan ke atas rakyat, tetapi mereka yang enggan akan dibunuh dan dipenjarakan. Dan di antara askar-askar itu, ada yang berpaling tadah kepada regim kejam Syria dan menyokong demonstrasi dan mempertahankan rakyat

Syeikh seterusnya menyatakan bahawa Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr. Ali as-Sobuni dan Rabithah Ulama Seduniatelah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
 حديث : ” ” من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد “.
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”
أخرجه أبو داود (2 / 275) والنسائي والترمذي (2 / 316) وصححه، وأحمد (1652) 1653) عن سعيد بن زيد، وسنده صحيح.
Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmizi dan disahihkan oleh Imam al-Albaniy, dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Sa’id bin Zaid dan sanadnya Sahih.
APA PERLU KITA BUAT

Syeikh akhirnya menutup ucapan beliau dengan mengingatkan tentang fungsi/apa yang perlu dilakukan oleh kita tentang apa yang berlaku di Syria.

Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas , siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.
Syeikh seterusnya menukilkan hadis tentang kelebihan Syam

 أنه قال : يا رسول الله صلى الله عليه وسلم خر لي بلدا أكون فيه ، فلو أعلم أنك تبقى لم أختر عن قربك شيئا ، فقال : عليك بالشام ، فلما رأى كراهيتي للشام قال : أتدري ما يقول الله في الشام ؟ إن الله عز وجل يقول : يا شام أنت صفوتي من بلادي أدخل فيك خيرتي من عبادي إن الله تكفل لي بالشام وأهله 
الراوي: عبدالله بن حوالة المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم
: 4/102
خلاصة حكم المحدث: [روي] من طريقين إحداهما جيدة 
إنكم ستجندون أجناداً جنداً بالشام ومصر والعراق واليمن قالوا فخر لنا يا رسول الله قال عليكم بالشام قالوا إنا أصحاب ماشية ولا نطيق الشام قال فمن لا يلحق الشام فليلحق بيمنه فإن الله قد تكفل لي بالشام
الراوي:أبو الدرداء المحدث: البزار - المصدر: الأحكام الشرعية الكبرى - الصفحة أو الرقم:
 4/512
خلاصة حكم المحدث:إسناده حسن
Aku tidak ingin menterjemah hadis Syam ini, cukuplah aku menaqalkankannya beserta sumbernya.
Seterusnya Syeikh menyebutkan peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengah dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Seterusnya kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

Seterusnya, Syeikh menaqalkan arahan dari Syeikh Yusuf al-Qaradawi agar menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara seIslam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.

Akhirnya, Syeikh memohon agar Allah membantu kita dalam menghadapi taghut-taghut yang zalim.

No comments:

Post a Comment