Thursday, September 19, 2013

rahsia kecantikkan ku.. hahahks



TIPS : CARA MUDAH MENGHILANGKAN BLACKHEADS DAN WHITEHEADS


Assalamualaikum...


Ok, sebagai penduduk Malaysia ramai yang mengalami masalah blackheads dan whiteheads ni.  Korang tahu tak apa blackheads dan whiteheads tu? Haaa! Tak tahu? Cuba lihat wajah korang, ada tak bintik hitam (blackheads)  dan ada juga bintik yang tidak berwarna (whiteheads). Kawasan paling kerap ada blackheads dan whiteheads ni selalunya di zon T.

Kebiasaanya ramai yang suka memicit-micit kulit muka untuk mengeluarkan@menghilangkan blackheads dan whiteheads ni.  Awas! Jangan sesekali memicit-micit kulit muka anda untuk mengeluarkan blackheads dan whiteheads ni sebab ia boleh menyebabkan berlakunya jerawat yang anda sangat benci itu. 

Sebenarnya ada cara yang lebih mudah nak menghilangkan blackheads dan whiteheads ni. CZ ada buat kajian taw jangan main-main...

Ada dua cara berkesan yang CZ perolehi cara pertama ialah anda menggunakan produk COSWAY iaitu “BIOGLO CLEARPORE ” atau satu lagi cara dengan menggunakan "telur dan kertas tisu". Antara kedua-dua cara ni Cik Zai sarankan baik guna telur dengan tisu sebab tak menyakitkan dan kesannya woow memang hebat berbanding anda menggunakan bioglo.

Bioglo ClearPore

Bagaimana nak gunakan telur dan tisu?

google pic
  1. Potong kertas tisu kecil-kecil.
  2. Korang ambil putih telur dan letak dalam mangkuk. Pastikan hanya putih telur taw! 
  3. Lepas tu, sapukan putih telur ke seluruh wajah anda menggunakan tangan. 
  4. Ambil tisu yang telah dipotong tadi dan basahkan tisu dengan putih telur. Tampal ke seluruh wajah. 
  5. Tunggu sehingga tisu benar-benar kering. (Mesti betul-betul kering taw kalau tak nanti tak menjadi pula). 
  6. Bila dah betul-betul kering tarik kertas tisu perlahan-lahan dari wajah anda.
Haaa, korang akan gerun melihat tisu yang anda tanggalkan sebab blackheads dan whiteheads bukan main banyak terpacak pada permukaan tisu…eeeeee geliii…


Untuk kesan yang terbaik amalkan 2-3 kali setiap minggu.

No comments:

Post a Comment