Thursday, December 26, 2013

gua gadis cooper..


huuu.. since aq dah buka blog ni tak henti2 n asyik update bende merapu kat dalam ni.. meh aq share korang pasal kereta kegemaran aq.. aq ni peminat kereta mini cooper..since bila aq minat pun aq xpasan sbb yg aq tau aq suka tengok keter tu sampai mamat ensem diri sebelah aq pun aq suh ketepi sikit sebab nak tgk ketew mini cooper nyew pasal..huh dasyat x dasyat penangan kereta mini cooper ni kat aq .. geler ko tak jeles tengok owg laen bawak mini cooper selamba err lalu sebelah ketew bapak aq.. pergghhh gase nak suh jewk driver uh blah biar aq yg bawak.. hahaha... 

haaa .. ni larh gambar cooper kesayanganku...huhuhu



comel kan mcm aq.. haha..perasan tak sudah2.... tetiba!


haaa..! ni aq share mini cooper yg latest Mini John Cooper..plus aq pun bukan pandai dalam bab kereta ni.. so aq just copy n paste jewk larh bahan2 dalam ni... ok what! janji aq buat research..tak macam korang..
 ( ceh berlagak lak eah pompuan ni )... hope one day cooper ni bakal jadi milik kesayanganku.. aminnn!..
Sebuah lagi model terkini yang menggunakan lencana ‘sub-brand’ MINI John Cooper Works diperkenalkan kepada umum – MINI John Cooper Works Countryman.
Sama seperti model MINI John Cooper Works GP, MINI John Cooper Works Countryman merupakan varian berprestasi tinggi dan yang pertama didatangkan bersama sistem pacuan semua roda MINI ALL4.
MINI John Cooper Works Countryman menggabungkan keghairahan dan semangat perlumbaan di jalan raya dengan keseronokan pemanduan ekstrem di laluan kerikil yang sukar, dan memberi pilihan baru kepada kumpulan sasar tambahan melalui jenama John Cooper Works.
Di bawah bonet depannya tersembunyi enjin 1.6 liter empat silinder dengan turbocas yang dibangunkan semula, menghasilkan kuasa kuda maksimum 218hp dan tork maksimum 280Nm (300Nm jika fungsi ‘overboost’ diaktifkan).
Enjin petrol berprestasi tinggi itu kemudiannya dipadankan bersama kotak gear manual enam kelajuan yang menjadi ciri standard, manakala kotak gear automatik enam kelajuan dengan fungsi Steptronic dan ‘steering wheel shift paddles’ turut ditawarkan sebagai pilihan.
Menurut MINI, enjin yang digunakan adalah unit paling berkuasa di dalam barisan model MINI setakat ini, di mana ia menampilkan teknologi kereta lumba seperti kombinasi ‘inovatif twin-scroll turbocharger’, sistem suntikan terus dan pengurusan ‘variable valve’ sepenuhnya berdasarkan teknologi VALVETRONIC dari BMW Group.
Pelbagai teknologi ekstensif MINIMALISM turut melengkapi, antaranya termasuk ‘Brake Energy Regeneration’, ‘Gear Shift Indicator’, ‘Auto Start-Stop function’ dan ‘Electric Power Steering’. Dengan prestasi yang cukup memberangsangkan, pecutan dari 0 ke 100 km/j dilakukan dalam tempoh hanya 7.0 saat.
Antara ciri baru yang membuat kemunculan pertama dalam model John Cooper Works ialah sistem pacuan semua roda kekal MINI ALL4, sistem yang mengagihkan kuasa dengan lancar di antara gandar depan dan belakang melalui perbezaan pusat eletromagnetik yang diletakkan secara terus kepada pemacu akhir.
DSC (Dynamic Stability Control) termasuk DTC (Dynamic Traction Control) dan EDLC (Electronic Differential Lock Control) dihubungkan terus kepada sistem pacuan ‘all-wheel drive’ ALL4 sebagai ciri standard, menterjemahkan ciri-ciri pengendalian MINI pada tahap maksimum, dengan tambahan tahap cengkaman sebagai peneraju terbaru.
MINI John Cooper Works Countryman menawarkan saiz 4,133mm panjang, 1,789mm lebar dan 1,549mm tinggi, model empat pintu pertama yang diperkenalkan oleh John Cooper Works, dengan kemampuan memuatkan empat atau lima orang penumpang, dan tersedia ruang bagasi yang boleh ditingkatkan sehingga 1,170 liter.
Dengan pelbagai ciri-ciri perlumbaan premium dan unik yang dibawakan khas untuk MINI John Cooper Works Countryman, pasaran UK bakal menerimanya dengan tanda harga £28,595, iaitu kira-kira RM141,666.38, mengikut kadar tukaran wang semasa.


hebat tak hebat..hahaha..! cuma yg latest ni dye tinggi n agak laen ckit kan... xpewla janji minat ko.!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ 

pssst: saya peminat Encik Mimpi..ngeee

No comments:

Post a Comment