Wednesday, December 25, 2013

SAYA SUKA AWAK.. ( PART 1)

morning ualls..! ( aikkss morning lagi kew ?? matahari dah tegak sayang oiii..).. ok larh.. disebabkan entry2 aq bnyk yg bosan n kerepek jagung jewk lebih.. so aq cadang nak buat cerpen cinta..huuu.. kisah cinta ala2 remaja gitu.. ( ceh owg nk buat aq pun nak buat )... alah belajar sikit2 jewk.. best tak best uh.. korang nilai larh sendiri eah... huuu....



SAYA SUKA AWAK..( PART 1)


duduk seorang ibu bersama seorang anak perempuan yang comel di pangkin diluar rumah.Dengan manjanya si anak baring di riba si ibu dengan tangan memegang anak patung arnab yang sudah lusuh.

“ibu sayang Eisya tak?”
“mestilah ibu sayang , Eisya kan anak ibu yang comel lagi manja ni”. berkata Puan Arifah kepada anak perempuannya itu. Dikurniakan lima orang anak hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Fuad Bakri telah melengkapkan hidup mereka sekeluarga. Anas Ariffin merupakan anak sulung mereka dan disusuli anak kedua mereka Akif Aiman seterusnya Adam Kamil selang dua tahun mereka dikurniakan lagi seorang putera yang bernama Amir Faiz. Besar harapan mereka untuk dikurniakan  anak perempuan dan akhirnya selepas empat tahun menunggu dan berusaha lahirkan bayi perempuan yang diberi nama Qaseh Arieesya.

“ermmm….”
“lah kenapa Eisya mengeluh ni ?” tanya si ibu.
“kat sekolah kawan-kawan Eisya selalu ejek Eisya macam tomboy, diorang kata Eisya macam jantan , kasar pas uh suka berkawan dengan lelaki. Eisya tak suka diorang cakap Eisya macam tu.
“owh sebab tu yang anak ibu ni mengeluh”
“tapi Eisya tak kisah pun ibu , diorang nak ejek Eisya kasar ke , macam tomboy ke, suka berkawan dengan lelaki ke. Sikit pun Eisya tak heran sebabnye lebih baik jadi diri sendiri daripada jadi orang lain semata-mata nak dengar cakap orang kan ibu. Paling tidak pun Eisya boleh protect diri Eisya daripada penjahat dan musuh, lagipun Eisya kan ada judo dan taek kwan do kasi tendang itu bontot… hohohohoho” gelak dengan gaya seperti kartun Shin Chan
“haha.. wah hebatnya anak ibu sorang ni.. macam pahlawan larh, bangga ibu ada anak perempuan yang berani ni..huhuhu”
“baru tau ke..heee” sambil mengosok hidung gaya gangster . “ jadi perempuan lembut pun kalau selalu kena pijak  pun tak guna jugakan ibu” sambil memandang kembali ibunya.
“tak salah nak jadi kasar semata-mata nak lindungi diri kita Eisya lagipun ibu tak kisah sebab ibu tau anak ibu ni walaupun kasar di luar tapi lembut di dalam” sambil memandang lembut mata si anak. “tapi kasar-kasar sangat pun susah sebab nanti pakwe semua lari sebab takot ngan Eisya tau”
“alah ibu… ermm”
“haha.. ibu bergurau jewk sayang”
Walau bagaimanapun Qaseh Arieesya tetap dengan pendirian dirinya. Meskipun baru mencecah umur 11 tahun dia seorang gadis yang menunujukkan kematangan dari segi kata-kata dan pemikirannya.



 “Abah lama ke kita duduk kat kampung nanti?” Tanya Eisha kepada Encik Fuad Bakri yang sedang duduk di pangkin sambil membaca surat khabar.
“Entahlah sayang mungkin dalam tiga minggu lepas semua hal dekat kampung tu selesai” terang Encik Fuad Bakri kepada anak perempuannya.

“Hal apa bah? Kenapa kena duduk sampai tiga minggu? Lamanya mesti boring ermmm..”

“ Larh kenapa mengeluh pulak ni.. Bukan Eisha suka ke duduk dekat kampung”

“ Memang larh Eisya suka tapi masa arwah nenek ada , sekarang arwah nenek dah tak ada sapa nak kawan dengan Eisha, sapa nak layan Eisya main, sapa nak bawa Eisya jalan-jalan dekat sawah padi…Ermm kan best klo arwah nenek ada..” keluh Arissya dengan sedikit sayu..Arissya merupakan cucu yang paling manja dengan nenek Senahnya.. apa saja benda yang dia inginkan pasti nenek Senah akan penuhi dan pelbagai kerenahnya akan dilayan oleh nenek Senah.. Sebab itu dia begitu manja dengan neneknya.

“ Alolo sedih pulak anak abah sorang ni ” pujuk abahnya. “ dah tiba masanya nenek pergi sayang.. abah pun sedih jugak.. tapi orang yang dah pergi kita kena redha sebab ecok lusa pun kita akan menyusul tak lama lagi.. kalo Eisya rindu nenek , Eisya boleh sedekah kan Al-fatihah untuk nenek.. mesti nenek suka kat sana nanti..”

########################################################################
  ngeee.. tu baru part satu dulu just mukadimah jewk... ni aq tulis time dye kecik...nak tau lebih lanjut tentang cerpen ni.. tgu next time ok dear... tungguu... 


pssttt: aq peminat Encik Mimpi..ngeee

No comments:

Post a Comment